Followers

Friday, March 5, 2010

Buntu....stress...dan dot dot dot

28 Februari 2010



TENSION....ahhhhhhhh.....siapa pemilik kasut sport merah dan seluar track biru tu....siapa aku s.a.y.a lah...dengan berpakaian sukan saya keluar dari rumah cuba merawat hati kala itu...ke mana dan di mana???? Nanti kita akan dapat jawapannya tungggu....






Bekalan untuk merawat hati...air teh bunga dan buku rujukan...
Walau macam mana pun keadaan saya dan di mana pun saya kindergarten tidak dapat dipisahkan.cikgu prasekolah lah katakan...






emmm...orang penang hampa dah dapat agak kan di mana tempatnya...Padang Kota Baru...Gurney.Sekurang-kurangnya dapat juga saya mengurangkan tekanan yang saya alami...dengan menghayati keindahan ciptaan Allah...Allah ciptakan siang dan malam...begitu juga perjalanan hidup kita. Tidak semuanya indah, kadang kala kita diduga...dengan masalah...Cuma kuat atau tidak diri kita menempuhi segala masalah yang datang....dan cara kita menyelesaikannya...kita berdoa...berdoa...dan dekatkan diri kita kepada Allah SWT....














Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah





Bersedia mendengar ceramah...memandangkan sekolah masih lagi dalam proses menyiapkan bangunan baru murid-murid terpaksa diletakkan di kantin sementara sekolah






Cenderamata untuk murid prasekolah
















Bukan murid-murid sahaja yang turut serta tetapi guru-guru tidak ketinggalan sama...tengok yang aling penting guru besar turun padang...Pn Masnoen Bt Randi...pemimpin yang berjiwa rakyat





Kerdil sunggum anak-anak didikku kalau berdiri bersama yang lain...tapi cikgu tetap bangga dengan kamu semua...buah hati pengarang jantung cikgu











Beratur dalam kesempitan ruang...kesian.Tidak mengapa...Apa yang penting...PENYERTAAN








05 March 2010...
sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan dan majlis berkenaan berjalan dengan lancar....Dimulakan dengan perarakan beramai-ramai dengan melafazkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. Majlis disambung dengan ceramah dari Ustaz Zahir Bin Abd. Ghani dan di akhiri dengan jamuan. Untuk murid-murid prasekolah selepas jamuan diadakan deklamasi sajak...Murid prasekolah nampak gembira kerana ini merupakan majlis yang pertama di mana mereka digabungkan bersama murid aliran perdana.

Sekalung ucapan tahniah buat warga SKDK kerana berjaya melaksanakan program sekolah dengan jayanya. Usaha dan kerjasama dari pihak guru dan staf sokongan dan seluruh warga SKDK amatlah diperlukan bagi memastikan perjalanan aktiviti yang telah dirancangkan berjalan dengan baik.....syukran ya ustazah...kerana beri peluang kepada murid prasekolah untuk terlibat sama dalam majlis ini...Walaupun diri mereka ini kerdil dan masih hijau tetapi saya sebagai guru prasekolah minta agar semua pihak tidak akan melupakan mereka...Pendedahan sebegini adalah penting bagi diri mereka agar tidak rasa tersisih. Terima kasih daun keladi...kalau boleh jemputlah kami lagi.


Menjelang Hari Sambutan Maulidur Rasul







Rasulullah.....Engkaulah penyambung warisan,Engkaulah penyeri agama, Engkaulah sumber syiar Islam. Rasulullah...alangkah indah wajah Mu, yang terpancar sinar ketenangan, alangkah agung perjuagan Mu, membawa cahaya kebenaran....

Ha...begitulah bait-bait sajak yang telah dikarang oleh ustazah dan juga guru pelatih...Apa lagi...cikgu dan ustazah mela mencungkil bakat yang ada pada murid-murid. Ustazah bersemangat melafazkan sajak cikgu pula membuat gaya dan mimikan muka. Murid pun nampak bersemangat...mana tidaknya, di dalam kelas ada seorang murid yang masih bercakap pelat budak-budak kecil. Tapi semangat juang dia cukup tinggi. Nazar angkat tangan dan ingin mencuba...dalam masa tiga hari sahaja mereka menjalani latihan itupun bila ada masa sahaja...tapi hasilnya memang BAIK. Dah pandai sajak anak murid cikgu ni....Tengoklah aksi mereka melafazkan sajak...Usaha cikgu, cikgu dan ustazah berbaloi-baloi...Untuk menaikan semangat mereka lagi saya ingin meminta kebenaran pihak sekolah agar pemenang sajak Rasulullah ini diberi peluang mendeklamasikan sajak itu semasa perhimpunan sekolah. Ha...sapa kata depa tak tere...jom kita try test tengok!