Followers

Friday, July 30, 2010

Majlis Pertunangan ku...

Tak mungkin berpaling lagi...semoga keputusan yang dibuat mendapat rahmat dari Mu ya Allah...amin.




My best friends and her family....tq so much

Keluarga bahagia....semoga kita akan kekal bersatu selamanya...chat saya semua

Tertidur abang chat...tunggu chat make up....sayang chat kat akid

Sirih pinang...terima kasih ida kerana berusaha cari pinang yang dibentukkan bunga...
dapat gak apa yang dihajati...


Guru Besar, PK Koko dan rakan-rakan yang turut memeriahkan majlis

Bergambar dengan hero-hero simpang kona


Emm...manisnya,banyak juga gula yang masuk ke mulut masa tu














17 Julai 2010







Majlis Pertunangan...lama saya ambil masa untuk menyatakan yang saya bersetuju untuk berubah ke satu perhubungan. Bukan senang nak tukar status...dari bujang ke tunangan orang dan seterusnya menjadi isteri orang. Dah selesa sangat dengan status bujang yang tidak terikat dengan sesiapa cuma dengan keluarga, sekolah dan anak-anak prasekolah. Keputusan telah dibuat...maka terikatlah saya dengan satu ikatan permulaan untuk sebuah perhubungan.

Ucapan terima kasih yang teramat sangat untuk mak, ucuk, alin, dek nor, ida, uyat, shima dan zma yang sentiasa mendengar keluhan dan teguh berdiri di belakang saya dengan kata-kata semangat dan motivasi sepanjang saya membuat keputusan ini.

Buat ucuk...chaq rasa bertuah sebab ada adik cam ampa. kami sayang ampa sangat...ampa sentiasa dekat dengan kami dan tahu isi hati kami. Kalau ampa tak ada kami rasa kami tak akan buat keputusan yang besar nie...semoga ampa sentiasa dengan kami.

Semoga keputusan yang di ambil ini adalah terbaik untuk semua orang....amin.

Wednesday, July 28, 2010

2+1


Teman-teman...lepas ini cerita dalam blog ni akan berkisar mengenai diri saya dan juga prasekolah saya...Terdahulunya banyak berkisar mengenai prasekolah sekarang ada penambahan dibuat. Di sini tempat saya meluahkan segalanya.........

Akhirnya........


Agak lama saya tidak menulis di ruang ini cuma sesekali menjenguk seketika dan membaca blog rakan-rakan yang lain...Hari in diri saya rasa terpanggil untuk mula semula tapi kali ini adalah luahan hati ini...tidak bermakna prasekolah dan anak-anak didik saya tinggal dibelakang. Prasekolah tetap dihati....

KEHILANGAN...KESEDIHAN...itu lah entry saya untuk kali ini. 6 Mac...saya kehilangan seseorang yang selama ini membesarkan saya, mengajar erti kekuatan dan yang mematangkan diri saya...perginya takkan kembali lagi......saya redha dengan ketentuanNya. Agaknya dia tidak mahu menyusahkan diri saya dan keluarga lagi...semua yang berlaku pada hari tersebut terlalu pantas...tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh menjadi terlalu kuat apabila berhadapan dengan semua ini. Adik-adik yang selalunya menjadi kekuatan saya tidak ada di sisi ketika semua ini berlaku cuma ibu tersayang sahaja. Alhamdulillah...semuanya selamat disempurnakan dan adik-adik juga dapat melihat "pahlawan" kami untuk kali terakhir.

Perginya "pahlawan" kami ini tanpa disangka...selalunya dia akan berjuang sehingga akhirnya tapi kali ini agaknya dia terlalu penat dengan permainan di dunia ini. Semoga kekuatan yang ada pada dirinya menjadi milik saya dan adik-adik...Bila tengok ibu ku tanpa setitis air mata cuma terkulai layu pada hari tersebut ini yang merentap lagi hatiku...

Buat mu ibu...kuatlah menghadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya tiada orang yang sekuat mu ibu yang berjaya menghadapi semua yang berlaku dengan penuh ketenangan dan terus berusaha yang terbaik untuk keluarga mu terutamanya keempat-empat anak mu...Terima Kasih ibu...Kuat lah ibu...sesungguhnya kekuatan dan doa mu yang sering mengiring kejayaan anak-anakmu.

Bapa....kehilanganmu amat dirasai...bukan mudah untuk diri ini melupakan mu. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang beriman...amin. Terima kasih atas segala tunjuk ajar...ketegasanmu selama ini mengajar kami menghadapi semua yang mendatang tanpa rasa ketakutan dan lemah. Kak Chaq dan adik-adik sayang sangat bapa...Kak Chaq rindu bapa...tapi kak chaq pasrah dengan semua ketentuan yang telah ditetapkan oleh Nya. Bagilah kekuatan bapa tu dekat kak chaq...bapa pun tahu kan dalam anak-anak bapa kak chaq lah paling lemah...asyik takut...takut...takut ja. Bapa lah pejuang sebenar di hati kak chaq...sayang bapa...