Followers

Saturday, November 20, 2010

27 NOVEMBER 2010


Salam...rakan-rakan blogger smua...di sini saya ingin menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung:

tarikh : 27 november 2010
tempat : dewan tekun, USM Penang
masa :12.00 - 4.30 petang


kehadiran rakan-rakan amatlah saya alu-alukan. Doakan kebahagian saya hingga ke akhir hayat yer...
dah nak tukar pangkat lagi lepas nie...


Saturday, October 30, 2010

props...oh...props


ha...nie props apa yer
cuba renung betul-betul
tengok dekat tangan model
BURUNG HANTU
cikgu shima semangat tau dengan burung hantunya

Dengan bantuan rakan-rakan saya ni lah maka terhasilnya props-props yang amat memuaskan hati
sesungguhnya kita perlukan satu team yang kuat jadi walau apa yang berlaku dan sebarang kerja walaupun susah tetap akan dapat dilakukan
Kerja seorang guru bukan sekadar mengajar
cikgu adalah segala-galanya
dan cikgu juga tidak boleh guna perkataan :
TIDAK
TAK TAHU
TAK KREATIF
TAK PANDAI
DAN BERMACAM-MACAM TAK LAGI LAH

Penat jadi seorang guru ni
tapi bila anak murid kita gembira dan mereka dapat buat kita bangga dengan mereka
hasilnya berbaloi-baloi
CUMA cikgu jangan terus ditekan dan dibeban

Ha...dah melalut kan
luahan hati ja
untuk rakan-rakan bolehlah berkongsi idea
saya yakin rakan-rakan lain lagi kreatif
idea yang ada boleh ditambah baik
selamat menjamu mata dengan props yang dihasilkan oleh saya dan 2 rakan saya



Tongkat semambu
ha...betapa canggihnya tongkat semambu yang dihasilkan dari idea cikgu zma


Penyapu
yang digunakan oleh Aci nak halau hantu
teruk perah idea nak hasilkan penyapu nie
guna gabungan idea cikgu zma,cikgu shima dan cikgu rafaal



Baju aci
bila ditambah dengan aksesori makin mengancam Aci cikgu ni


Baju Hantu
costume untuk hantu seramai 6 orang
semuanya cute miut tau
sayangnya cikgu tak sempat nak ambil gambar sewaktu persiapan HAC
cikgu panik dan kejar masa



Rumah ku Syurga ku
cikgu rafaal dan cikgu shima siap berposing dengan rumah Aci dan Nana
cikgu pinjam sekejap yer






Thursday, October 28, 2010

Hiasan Bunga Tulip untuk Rumah Aci n Nana

Hari nie agak sibuk dan letih sangat
Balik ja dari sekolah dah lewat...seperti yang saya janjukan saya minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat nak upload gambar persediaan ke 2 untuk props Aci Aci Buka Pintu

Hari nie hampir kesemua props dapat disiapkan
ini semua hasil pertolongan rakan baik saya, siapa lagi cikgu shima dan cikgu azeema lah
terima kasih banyak-banyak ya
Hasil gabungan tiga idea makan tersiaplah props.....
penyapu
parang kontot
rumah
tongkat semAmbu
burung hantu
jam
pakaian hantu

Terima kasih juga ditujukan buat pk koko yang sanggup meminjamkan baju untuk Aci cute miut tu...rumber nandrik teacher
maaf lah kalau ejaan silap
gup...gup...gup...

Hmmm...
cukup puas hati
jadi bailik ja dari sekolah badan dah rasa sakit-sakit
mata dah layu
jalankan kewajipan dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
untuk kembalikan tenaga nak buat props bunga tulip nak dilekatkan pada rumah nanti

Cari punya cari dalam internet
tak jumpa-jumpa juga
sampai nak angkat bendera kuning...oppss silap bendera putih
huhuhuhuhu
mana tak nya asyik jumpa bunga tulip yang biasa ja
saya nak yang luar biasa tuuuuu...
yang tiup-tiup dan kembung-kembung tu
akhirnya
jeng...jeng...jeng
pencarian berhasil
untuk rakan-rakan yang berminat menghasilkan bunga tulip kembung dan tiup
bolehlah guna link nie:
http://www.origami-fun.com/origami-tulip.html

Okay lah kawan-kawan nak menyambung kerja yang tertunggak
doakan perjalanan persembahan anak-anak didik saya berjalan dengan baik
selamat mencuba!
Hmmm....macam resepi lah pulak...



Wednesday, October 27, 2010

Persiapan Hari Konvokesyen 2010


puppet burung hantu



templet clock craft


Tengok gambar nie semua mesti dapat agak kan
Ha...tahun nie persempahan prasekolah lain dari tahun-tahun yang lepas
persembahan tahun nie mengenang kembali Seniman P. Ramlee
ACI ACI BUKA PINTU

Persiapan untuk majlis ini bermula sekitar tiga minggu kebelakangan nie
memandangkan cikgu sibuk bekursus
jadi pas balik kursus cikgu dan anak murid bersemangat meneruskan sesi latihan
kagum dengan semangat anak murid saya
dalam beberapa hari mereka dapat memantapkan persembahan mengikut cara mereka tersendiri
cute...sangat

Tugas cikgu menyiapkan props
bertuah badan bila rakan baik saya sanggup turun padang mencari props untuk murid prasekolah
Siap kena bawa anak dia lagi
di entri yang akan datang saya akan masukkan gambar anak-anak sahabat baik saya tu
terima kasih cikgu shima...jasa mu ku kenang

Hari nie balik ja dari sekolah terus mengadap laptop dan download clock craft dan owl pupet
huhuhu

Kalau rakan-rakan hendak menggunakan templet yang sama bolehlah cari maklumat dari internet dengan menaip clock craft dan owl puppet.

BErtsambung pada esok hari untuk bahagian yang kedua



Saturday, August 21, 2010

Merdeka...merdeka...

Saya anak merdeka...saya anak merdeka...apa pun terjadi hari ini saya cuba juga untuk meluangkan masa untuk menaip sesuatu untuk dimasukkan dalam bolg...maaf yer banyak pekara yang perlu diuruskan...baru jer balik dari mesyuarat aka kursus tot dan anak murid pun perlu dibuat penilaian.....apapun kerja tetap dilakukan...

Tema minggu nie kemerdekaan...jadi saya baru jer nak kumpul maklumat terbaru ingat tahun nie nak buat kelainan...cuba cari bahan yang menarik dekat internet. Harap dapatlah apa yang di hajati....sambil tu nak siapkan laporan....kena FOKUS.

Friday, July 30, 2010

Majlis Pertunangan ku...

Tak mungkin berpaling lagi...semoga keputusan yang dibuat mendapat rahmat dari Mu ya Allah...amin.




My best friends and her family....tq so much

Keluarga bahagia....semoga kita akan kekal bersatu selamanya...chat saya semua

Tertidur abang chat...tunggu chat make up....sayang chat kat akid

Sirih pinang...terima kasih ida kerana berusaha cari pinang yang dibentukkan bunga...
dapat gak apa yang dihajati...


Guru Besar, PK Koko dan rakan-rakan yang turut memeriahkan majlis

Bergambar dengan hero-hero simpang kona


Emm...manisnya,banyak juga gula yang masuk ke mulut masa tu














17 Julai 2010







Majlis Pertunangan...lama saya ambil masa untuk menyatakan yang saya bersetuju untuk berubah ke satu perhubungan. Bukan senang nak tukar status...dari bujang ke tunangan orang dan seterusnya menjadi isteri orang. Dah selesa sangat dengan status bujang yang tidak terikat dengan sesiapa cuma dengan keluarga, sekolah dan anak-anak prasekolah. Keputusan telah dibuat...maka terikatlah saya dengan satu ikatan permulaan untuk sebuah perhubungan.

Ucapan terima kasih yang teramat sangat untuk mak, ucuk, alin, dek nor, ida, uyat, shima dan zma yang sentiasa mendengar keluhan dan teguh berdiri di belakang saya dengan kata-kata semangat dan motivasi sepanjang saya membuat keputusan ini.

Buat ucuk...chaq rasa bertuah sebab ada adik cam ampa. kami sayang ampa sangat...ampa sentiasa dekat dengan kami dan tahu isi hati kami. Kalau ampa tak ada kami rasa kami tak akan buat keputusan yang besar nie...semoga ampa sentiasa dengan kami.

Semoga keputusan yang di ambil ini adalah terbaik untuk semua orang....amin.

Wednesday, July 28, 2010

2+1


Teman-teman...lepas ini cerita dalam blog ni akan berkisar mengenai diri saya dan juga prasekolah saya...Terdahulunya banyak berkisar mengenai prasekolah sekarang ada penambahan dibuat. Di sini tempat saya meluahkan segalanya.........

Akhirnya........


Agak lama saya tidak menulis di ruang ini cuma sesekali menjenguk seketika dan membaca blog rakan-rakan yang lain...Hari in diri saya rasa terpanggil untuk mula semula tapi kali ini adalah luahan hati ini...tidak bermakna prasekolah dan anak-anak didik saya tinggal dibelakang. Prasekolah tetap dihati....

KEHILANGAN...KESEDIHAN...itu lah entry saya untuk kali ini. 6 Mac...saya kehilangan seseorang yang selama ini membesarkan saya, mengajar erti kekuatan dan yang mematangkan diri saya...perginya takkan kembali lagi......saya redha dengan ketentuanNya. Agaknya dia tidak mahu menyusahkan diri saya dan keluarga lagi...semua yang berlaku pada hari tersebut terlalu pantas...tetapi saya tidak tahu macam mana saya boleh menjadi terlalu kuat apabila berhadapan dengan semua ini. Adik-adik yang selalunya menjadi kekuatan saya tidak ada di sisi ketika semua ini berlaku cuma ibu tersayang sahaja. Alhamdulillah...semuanya selamat disempurnakan dan adik-adik juga dapat melihat "pahlawan" kami untuk kali terakhir.

Perginya "pahlawan" kami ini tanpa disangka...selalunya dia akan berjuang sehingga akhirnya tapi kali ini agaknya dia terlalu penat dengan permainan di dunia ini. Semoga kekuatan yang ada pada dirinya menjadi milik saya dan adik-adik...Bila tengok ibu ku tanpa setitis air mata cuma terkulai layu pada hari tersebut ini yang merentap lagi hatiku...

Buat mu ibu...kuatlah menghadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya tiada orang yang sekuat mu ibu yang berjaya menghadapi semua yang berlaku dengan penuh ketenangan dan terus berusaha yang terbaik untuk keluarga mu terutamanya keempat-empat anak mu...Terima Kasih ibu...Kuat lah ibu...sesungguhnya kekuatan dan doa mu yang sering mengiring kejayaan anak-anakmu.

Bapa....kehilanganmu amat dirasai...bukan mudah untuk diri ini melupakan mu. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang beriman...amin. Terima kasih atas segala tunjuk ajar...ketegasanmu selama ini mengajar kami menghadapi semua yang mendatang tanpa rasa ketakutan dan lemah. Kak Chaq dan adik-adik sayang sangat bapa...Kak Chaq rindu bapa...tapi kak chaq pasrah dengan semua ketentuan yang telah ditetapkan oleh Nya. Bagilah kekuatan bapa tu dekat kak chaq...bapa pun tahu kan dalam anak-anak bapa kak chaq lah paling lemah...asyik takut...takut...takut ja. Bapa lah pejuang sebenar di hati kak chaq...sayang bapa...

Friday, March 5, 2010

Buntu....stress...dan dot dot dot

28 Februari 2010



TENSION....ahhhhhhhh.....siapa pemilik kasut sport merah dan seluar track biru tu....siapa aku s.a.y.a lah...dengan berpakaian sukan saya keluar dari rumah cuba merawat hati kala itu...ke mana dan di mana???? Nanti kita akan dapat jawapannya tungggu....






Bekalan untuk merawat hati...air teh bunga dan buku rujukan...
Walau macam mana pun keadaan saya dan di mana pun saya kindergarten tidak dapat dipisahkan.cikgu prasekolah lah katakan...






emmm...orang penang hampa dah dapat agak kan di mana tempatnya...Padang Kota Baru...Gurney.Sekurang-kurangnya dapat juga saya mengurangkan tekanan yang saya alami...dengan menghayati keindahan ciptaan Allah...Allah ciptakan siang dan malam...begitu juga perjalanan hidup kita. Tidak semuanya indah, kadang kala kita diduga...dengan masalah...Cuma kuat atau tidak diri kita menempuhi segala masalah yang datang....dan cara kita menyelesaikannya...kita berdoa...berdoa...dan dekatkan diri kita kepada Allah SWT....














Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah





Bersedia mendengar ceramah...memandangkan sekolah masih lagi dalam proses menyiapkan bangunan baru murid-murid terpaksa diletakkan di kantin sementara sekolah






Cenderamata untuk murid prasekolah
















Bukan murid-murid sahaja yang turut serta tetapi guru-guru tidak ketinggalan sama...tengok yang aling penting guru besar turun padang...Pn Masnoen Bt Randi...pemimpin yang berjiwa rakyat





Kerdil sunggum anak-anak didikku kalau berdiri bersama yang lain...tapi cikgu tetap bangga dengan kamu semua...buah hati pengarang jantung cikgu











Beratur dalam kesempitan ruang...kesian.Tidak mengapa...Apa yang penting...PENYERTAAN








05 March 2010...
sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan dan majlis berkenaan berjalan dengan lancar....Dimulakan dengan perarakan beramai-ramai dengan melafazkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. Majlis disambung dengan ceramah dari Ustaz Zahir Bin Abd. Ghani dan di akhiri dengan jamuan. Untuk murid-murid prasekolah selepas jamuan diadakan deklamasi sajak...Murid prasekolah nampak gembira kerana ini merupakan majlis yang pertama di mana mereka digabungkan bersama murid aliran perdana.

Sekalung ucapan tahniah buat warga SKDK kerana berjaya melaksanakan program sekolah dengan jayanya. Usaha dan kerjasama dari pihak guru dan staf sokongan dan seluruh warga SKDK amatlah diperlukan bagi memastikan perjalanan aktiviti yang telah dirancangkan berjalan dengan baik.....syukran ya ustazah...kerana beri peluang kepada murid prasekolah untuk terlibat sama dalam majlis ini...Walaupun diri mereka ini kerdil dan masih hijau tetapi saya sebagai guru prasekolah minta agar semua pihak tidak akan melupakan mereka...Pendedahan sebegini adalah penting bagi diri mereka agar tidak rasa tersisih. Terima kasih daun keladi...kalau boleh jemputlah kami lagi.


Menjelang Hari Sambutan Maulidur Rasul







Rasulullah.....Engkaulah penyambung warisan,Engkaulah penyeri agama, Engkaulah sumber syiar Islam. Rasulullah...alangkah indah wajah Mu, yang terpancar sinar ketenangan, alangkah agung perjuagan Mu, membawa cahaya kebenaran....

Ha...begitulah bait-bait sajak yang telah dikarang oleh ustazah dan juga guru pelatih...Apa lagi...cikgu dan ustazah mela mencungkil bakat yang ada pada murid-murid. Ustazah bersemangat melafazkan sajak cikgu pula membuat gaya dan mimikan muka. Murid pun nampak bersemangat...mana tidaknya, di dalam kelas ada seorang murid yang masih bercakap pelat budak-budak kecil. Tapi semangat juang dia cukup tinggi. Nazar angkat tangan dan ingin mencuba...dalam masa tiga hari sahaja mereka menjalani latihan itupun bila ada masa sahaja...tapi hasilnya memang BAIK. Dah pandai sajak anak murid cikgu ni....Tengoklah aksi mereka melafazkan sajak...Usaha cikgu, cikgu dan ustazah berbaloi-baloi...Untuk menaikan semangat mereka lagi saya ingin meminta kebenaran pihak sekolah agar pemenang sajak Rasulullah ini diberi peluang mendeklamasikan sajak itu semasa perhimpunan sekolah. Ha...sapa kata depa tak tere...jom kita try test tengok!



Tuesday, February 23, 2010

STRESS...STress

ADOIIIII.....seminggu cuti tahun baru cina sekarang tiba masanya mengadap anak didik...ada beberapa murid yang menampakkan peningkatan tapi yang sedihnya...salah seorang murid nie tak dapat mengenal atau mengingati satu pun huruf yang diperkenalkan...hari nie dengan segala usaha saya mengadap murid ini dan cuba sebaik yang mungkin...

Sejak hari isnin saya telah mula membekalkan anak murid saya dengan buku comel huruf untuk dibaca bersama ibu atau ayah mereka...tapi Siddiq tidak dapat mengenal juga.....hari ini saya mulakan memperkenalkan huruf dengan kad huruf kertas pasir....dan kemudian membuat huruf menggunakan doh.Menanpakkan perkembangan sedikit cuma Siddiq kurang tumpuan dan gemar meneka nama huruf sesuka hati sahaja.....panas juga hati nie tapi SABAR.... masih ada

Balik dari sekolah selepas mandi dan solat pekara yang pertama saya buat surf internet tentang cara menarik untuk mengajar huruf...tq kak g...dapat gak saya melawati blog yang amat menarik untuk digunakan mengajar anak murid yang kurang tumpuan....kawan-kawan bolehlah cuba intai dan buat tambah baik dari blog ini...


http://totallytots.blogspot.com/search/label/Now%20I%20Know%20my%20ABCs

Harap lepas ni anak murid saya makin ok...............

Saturday, January 23, 2010

HAPPY bIRTHDAY TO YOU....


Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to Hanim and Sufia...Happy Birthday to you.....

Hanim tersenyum malu apabila saya menyuruh dia memberikan pos istimewa sempena birthday dia...18 Januari 2010


Sufia...smile....birthday Sufia pula pada 17 Januari 2010

Gembira bukan kepalang bila saya dan rakan-rakan yang lain menyayikan lagu dan mengucapkan srlamat hari lahir...tunggu cikgu nak buat birthday party buat Sufia dan Hanim...

KISAH DOH....LAGI


Sufia...satu yang ustazah minta tapi atas kerajinan dan kreativiti Sufia sendiri makan terhasilah dua garisan huruf jawi


Hasil kerja Sufia


Shahirah begitu tekun menguli doh....


Tara...hasil kerja Shahirah. Cikgu bagi 3 bintang


Lagi hasil kerja...kali ni warna oren pula

EMMM...doh...doh dan doh. Kali ni saya nak tunjukkan bagaimana gembiranya anak murid saya bermain dengan doh. Malang sekali penggunaan doh untuk kali pertama tidak dapat saya snap gambar...Bayangkan betapa gembiranya anak murid saya bermain dan menghasilkan pelbagai makanan kegemaran mereka dengan doh yang mereka dapat...siap buat karipap lagi...Hakimi bersemangat menghasilkan karipap yang bentukkan sendiri pelipat di bahagian depan. Emm...sedapnya cikgu...kata yang terkeluar dari mulut mereka.

Penggunaan seterusnya ialah saya memperkenalkan huruf dan murid membentuk huruf yang diperkenalkan....kerana terlalu asyikdan bersemangat mengajar tidak sempat nak ambil gambar...tapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan...semasa ustazah mengajar saya sempat mengambil gambar aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan doh...

Thursday, January 21, 2010

HARI PERTAMA...SESI 2010.......


Nur Ain....menjalankan aktiviti


Syafiqah...menangis-ketika menjalankan aktiviti...tetiba sahaja


Ain memujuk Syafiqah...siap lapkan air mata lagi...tapi sayangnya saya tidak sempat snap gambar tu

dUP...Dap...jantung ku...hahaha beginilah yang saya selalu lalui setiap kali awal tahun bermula...berdebar bukannya apa tapi nak berdebar nak berdepan dengan kerenah murid baru...yang sebulan nangis dah pun lalui,yang menangis goyang grill pun dah juga...macam-macam lagi lah...pengalaman mematangkan kita...emmm camna lah kan ngan rakan-rakan yang lama dalam dunia prasekolah ni kan...tabik spring berkali-kali untuk mereka. Mesti dah paham sangat dengan kerenah murid-murid ni...jadi wahai si cilik jangan nak cuba-cuba dengan cikgu...sekali pandang cikgu dah tahu lelaki atau perempuan...

2010...tahun ni lega tak ada penyakit goyang pagar yang nangis pun seorang ja...Syafiqah. Kecik molek orangnya...Syafikah ni manja sangat-sangat....siap mama dia pakai kan pampers lagi dekat dia...tak per kita bagi peluang dulu kat dia...nanti pas ni pampers-pampers tak ada lagi...Datang sekolah siap kena dukung n buka kasut lagi...terbakar juga saya pada mulanya. Walaupun dipesan beberapa kali...ibu bapa Syafiqah masih lagi nak pakaikan kasut dan bukakan kasut untuk Syafiqah...Apa lagi saya mengambil lagkah drastik...semasa waktu pulang sekolah saya akan pastikan Syafiqah memakai kasut di hadapan saya...Siap kata dorongan dan semangatuntuk Syafiqah...Ha...boleh pun pakai kasut dan stokin sendiri. Bapa Syafiqah hanya melihat dan mengucapkan terima kasih sahaja...Maaflah encik tunjuan saya ikhlas...nak melatih anak murid saya lebih berdikari.

Nur Ain.....duduk...Ain...duduk. Tak layan dah semua tu yang dia tahu jalan sana dan jalan sini. Tak boleh duduk setempat lama...Bayangkan semasa waktu makan...sesudah sahaja makan Ain terus bangun dari tempat makan dan berguling-guling di ruang perbualan pagi...Bila disuruh duduk elok-elok tidak sampai satu minit Ain dah pun bergerak.

Apalagi...jumpa ibuAin lah ...nak tanya gak dengan lebih lanjut mengenai perangai Ain ni. Ibu Ain lak memberitahu yang Ain memang tidak boleh duduk diam dan mendidik Ain ni perlukan ketegasan...ayat yang paling bestibu Ain cakap " Kalau cikgu nak rotan saya boleh tolong belikan" Emmm...terdiam sejenak saya dibuatnya...Bila dilihat macam itu saya cuba gak melihat latar belakang Ain...patut lah...Ain nak kan perhatian.

Ain juga ada keistimewaanya tersendiri...Ain perihatin dengan rakan dan gurunya...lihat saja gambar di bawah nanti. Murid lain tidak pernah tanyakan saya...Ain sahaja yang tanya...."Cikgu tak makan ka..." Baik tak Ain ni...

Dari sehari ke sehari Ain makin berubah...Ain dah dapat dikawal dan sekarang ni Ain dah pun boleh berbahasa Inggeris walau pun sepotong ayat " Teacher...may I go to toilet" Betapa bangganya saya apabila ibu Ain memberitahu yang Ain menyebut ayat ni berulang-ulang di rumah dan setiap kali Ain hendak masuk ke tandas walaupun di rumah...Banggakan... Begitu juga dengan Syafiqah...dua hari sahaja dia menangis...itupun sebab nampak mama Syafiqah menjeguk...sekarang Syafikah senang melakukan sebarang aktiviti...