Followers

Thursday, January 21, 2010

HARI PERTAMA...SESI 2010.......


Nur Ain....menjalankan aktiviti


Syafiqah...menangis-ketika menjalankan aktiviti...tetiba sahaja


Ain memujuk Syafiqah...siap lapkan air mata lagi...tapi sayangnya saya tidak sempat snap gambar tu

dUP...Dap...jantung ku...hahaha beginilah yang saya selalu lalui setiap kali awal tahun bermula...berdebar bukannya apa tapi nak berdebar nak berdepan dengan kerenah murid baru...yang sebulan nangis dah pun lalui,yang menangis goyang grill pun dah juga...macam-macam lagi lah...pengalaman mematangkan kita...emmm camna lah kan ngan rakan-rakan yang lama dalam dunia prasekolah ni kan...tabik spring berkali-kali untuk mereka. Mesti dah paham sangat dengan kerenah murid-murid ni...jadi wahai si cilik jangan nak cuba-cuba dengan cikgu...sekali pandang cikgu dah tahu lelaki atau perempuan...

2010...tahun ni lega tak ada penyakit goyang pagar yang nangis pun seorang ja...Syafiqah. Kecik molek orangnya...Syafikah ni manja sangat-sangat....siap mama dia pakai kan pampers lagi dekat dia...tak per kita bagi peluang dulu kat dia...nanti pas ni pampers-pampers tak ada lagi...Datang sekolah siap kena dukung n buka kasut lagi...terbakar juga saya pada mulanya. Walaupun dipesan beberapa kali...ibu bapa Syafiqah masih lagi nak pakaikan kasut dan bukakan kasut untuk Syafiqah...Apa lagi saya mengambil lagkah drastik...semasa waktu pulang sekolah saya akan pastikan Syafiqah memakai kasut di hadapan saya...Siap kata dorongan dan semangatuntuk Syafiqah...Ha...boleh pun pakai kasut dan stokin sendiri. Bapa Syafiqah hanya melihat dan mengucapkan terima kasih sahaja...Maaflah encik tunjuan saya ikhlas...nak melatih anak murid saya lebih berdikari.

Nur Ain.....duduk...Ain...duduk. Tak layan dah semua tu yang dia tahu jalan sana dan jalan sini. Tak boleh duduk setempat lama...Bayangkan semasa waktu makan...sesudah sahaja makan Ain terus bangun dari tempat makan dan berguling-guling di ruang perbualan pagi...Bila disuruh duduk elok-elok tidak sampai satu minit Ain dah pun bergerak.

Apalagi...jumpa ibuAin lah ...nak tanya gak dengan lebih lanjut mengenai perangai Ain ni. Ibu Ain lak memberitahu yang Ain memang tidak boleh duduk diam dan mendidik Ain ni perlukan ketegasan...ayat yang paling bestibu Ain cakap " Kalau cikgu nak rotan saya boleh tolong belikan" Emmm...terdiam sejenak saya dibuatnya...Bila dilihat macam itu saya cuba gak melihat latar belakang Ain...patut lah...Ain nak kan perhatian.

Ain juga ada keistimewaanya tersendiri...Ain perihatin dengan rakan dan gurunya...lihat saja gambar di bawah nanti. Murid lain tidak pernah tanyakan saya...Ain sahaja yang tanya...."Cikgu tak makan ka..." Baik tak Ain ni...

Dari sehari ke sehari Ain makin berubah...Ain dah dapat dikawal dan sekarang ni Ain dah pun boleh berbahasa Inggeris walau pun sepotong ayat " Teacher...may I go to toilet" Betapa bangganya saya apabila ibu Ain memberitahu yang Ain menyebut ayat ni berulang-ulang di rumah dan setiap kali Ain hendak masuk ke tandas walaupun di rumah...Banggakan... Begitu juga dengan Syafiqah...dua hari sahaja dia menangis...itupun sebab nampak mama Syafiqah menjeguk...sekarang Syafikah senang melakukan sebarang aktiviti...

No comments: