Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to Hanim and Sufia...Happy Birthday to you.....
Hanim tersenyum malu apabila saya menyuruh dia memberikan pos istimewa sempena birthday dia...18 Januari 2010
Sufia...smile....birthday Sufia pula pada 17 Januari 2010
Gembira bukan kepalang bila saya dan rakan-rakan yang lain menyayikan lagu dan mengucapkan srlamat hari lahir...tunggu cikgu nak buat birthday party buat Sufia dan Hanim...
Sufia...satu yang ustazah minta tapi atas kerajinan dan kreativiti Sufia sendiri makan terhasilah dua garisan huruf jawi
Hasil kerja Sufia
Shahirah begitu tekun menguli doh....
Tara...hasil kerja Shahirah. Cikgu bagi 3 bintang
Lagi hasil kerja...kali ni warna oren pula
EMMM...doh...doh dan doh. Kali ni saya nak tunjukkan bagaimana gembiranya anak murid saya bermain dengan doh. Malang sekali penggunaan doh untuk kali pertama tidak dapat saya snap gambar...Bayangkan betapa gembiranya anak murid saya bermain dan menghasilkan pelbagai makanan kegemaran mereka dengan doh yang mereka dapat...siap buat karipap lagi...Hakimi bersemangat menghasilkan karipap yang bentukkan sendiri pelipat di bahagian depan. Emm...sedapnya cikgu...kata yang terkeluar dari mulut mereka.
Penggunaan seterusnya ialah saya memperkenalkan huruf dan murid membentuk huruf yang diperkenalkan....kerana terlalu asyikdan bersemangat mengajar tidak sempat nak ambil gambar...tapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan...semasa ustazah mengajar saya sempat mengambil gambar aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan doh...
Syafiqah...menangis-ketika menjalankan aktiviti...tetiba sahaja
Ain memujuk Syafiqah...siap lapkan air mata lagi...tapi sayangnya saya tidak sempat snap gambar tu
dUP...Dap...jantung ku...hahaha beginilah yang saya selalu lalui setiap kali awal tahun bermula...berdebar bukannya apa tapi nak berdebar nak berdepan dengan kerenah murid baru...yang sebulan nangis dah pun lalui,yang menangis goyang grill pun dah juga...macam-macam lagi lah...pengalaman mematangkan kita...emmm camna lah kan ngan rakan-rakan yang lama dalam dunia prasekolah ni kan...tabik spring berkali-kali untuk mereka. Mesti dah paham sangat dengan kerenah murid-murid ni...jadi wahai si cilik jangan nak cuba-cuba dengan cikgu...sekali pandang cikgu dah tahu lelaki atau perempuan...
2010...tahun ni lega tak ada penyakit goyang pagar yang nangis pun seorang ja...Syafiqah. Kecik molek orangnya...Syafikah ni manja sangat-sangat....siap mama dia pakai kan pampers lagi dekat dia...tak per kita bagi peluang dulu kat dia...nanti pas ni pampers-pampers tak ada lagi...Datang sekolah siap kena dukung n buka kasut lagi...terbakar juga saya pada mulanya. Walaupun dipesan beberapa kali...ibu bapa Syafiqah masih lagi nak pakaikan kasut dan bukakan kasut untuk Syafiqah...Apa lagi saya mengambil lagkah drastik...semasa waktu pulang sekolah saya akan pastikan Syafiqah memakai kasut di hadapan saya...Siap kata dorongan dan semangatuntuk Syafiqah...Ha...boleh pun pakai kasut dan stokin sendiri. Bapa Syafiqah hanya melihat dan mengucapkan terima kasih sahaja...Maaflah encik tunjuan saya ikhlas...nak melatih anak murid saya lebih berdikari.
Nur Ain.....duduk...Ain...duduk. Tak layan dah semua tu yang dia tahu jalan sana dan jalan sini. Tak boleh duduk setempat lama...Bayangkan semasa waktu makan...sesudah sahaja makan Ain terus bangun dari tempat makan dan berguling-guling di ruang perbualan pagi...Bila disuruh duduk elok-elok tidak sampai satu minit Ain dah pun bergerak.
Apalagi...jumpa ibuAin lah ...nak tanya gak dengan lebih lanjut mengenai perangai Ain ni. Ibu Ain lak memberitahu yang Ain memang tidak boleh duduk diam dan mendidik Ain ni perlukan ketegasan...ayat yang paling bestibu Ain cakap " Kalau cikgu nak rotan saya boleh tolong belikan" Emmm...terdiam sejenak saya dibuatnya...Bila dilihat macam itu saya cuba gak melihat latar belakang Ain...patut lah...Ain nak kan perhatian.
Ain juga ada keistimewaanya tersendiri...Ain perihatin dengan rakan dan gurunya...lihat saja gambar di bawah nanti. Murid lain tidak pernah tanyakan saya...Ain sahaja yang tanya...."Cikgu tak makan ka..." Baik tak Ain ni...
Dari sehari ke sehari Ain makin berubah...Ain dah dapat dikawal dan sekarang ni Ain dah pun boleh berbahasa Inggeris walau pun sepotong ayat " Teacher...may I go to toilet" Betapa bangganya saya apabila ibu Ain memberitahu yang Ain menyebut ayat ni berulang-ulang di rumah dan setiap kali Ain hendak masuk ke tandas walaupun di rumah...Banggakan... Begitu juga dengan Syafiqah...dua hari sahaja dia menangis...itupun sebab nampak mama Syafiqah menjeguk...sekarang Syafikah senang melakukan sebarang aktiviti...
kerja-kerja menguli dimulakan...tengok tu...cikgu bergabung tenaga dengan guru pelatih...mari kita tengok siapa yang kena....
doh yang makin menjadi...hasil usaha guru pelatih ku...oren lagi
doh cikgu disambung oleh ppm...cikgu apa lagi snap gambarlah...kalau tidak tiada sambungan cerita pulak
Cerita doh...setelah dinilai dan dilihat tergerak dihatiku ini untuk menghasilkan doh buatan sendiri...Bukan kerja senang memerlukan tenaga dan kesabaran.Demi anak murid apa saja sanggup bekorban.Apa lagi...mengulilah kami bertiga...apa yang penting kerjasama. PPM lagi bersemangat...siap mesin doh untuk hasil yang terbaik. Selain bahan utama, doh ini juga memerlukan air...jangan letak banyak sedikit sahaja. Siaap berhempas pulas...mana taknya kena tambah tepung lah...keras lak tambah air pulak....terhasilkah doh. Tapi...aku dan ppm sempat menambah sedikit minyak pada doh tersebut bagi mencantikkan warna agar nampak berkilat. Ha...tak sabar nak gunakan doh ni dengan anak murid...bila terfikir-fikir aku teringin nak buat sekali lagi doh ni tetapi percubaan kedua ni nak letak bau, perisa sedikit...kalau warna pink letak perisa strawberi, kuning letak perisa pisang, oren lak letak perisa oren lah...Macam nana...k tak?
Esok...saya n pembantu dah pun bercadang nak menguli tepung buat dough. Jangan tak tahu saya dapat guru pelatih dari USM...pening gak.Dengan KSPK baru yang masih lagi cuba nak sesuaikan dapat anak buah pra.Tapi tak mengapa kena yakin. Apa pun sok gp USM nak gabung tenaga...kita lihat episod selanjutnya k.............................