Followers

Thursday, November 27, 2008

Raptai Konvokesyen Prasekolah





KONVO OH...KONVO

Tahun 2008 mengukir pelbagai kenangan dan pelbagai aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik sekali. Penat memang penat tapi hasilnya menakjupkan....Bermula dari cetusan idea guru besar dan ditambah pula dengan kekuatan teman-teman seperjuangan maka terlaksanalah satu majlis konvokesyen prasekolah dari gabungan empat buah sekolah iaitu SK dato Kramat, SK Francis Light, SK Weleslly dan SK Perempuan Island. Bagi diriku dan juga teman-teman ini merupakan kali pertama kami menganjurkan majlis besar begini...Alhamdullilllah...semuanya berjalan lancar.Empat buah sekolah ini akan bergilir menjadi tuan rumah bagi menganjurkan majlis Konvokesyen ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang berguna ditimba semasa proses mengadakan majlis ini. Tengoklah sendiri murid-murid prasekolah bagi empat buah sekolah ini nampak riang dan gembira sangat. Mana taknya...dapat ramai rakan baru...tak lah rakan dekat sekolah mereka ja...yang paling penting mereka dapat sijil...Biar orang lain kata mereka nie tak fahan apa-apa pun...tapi yang sebenarnya murid-murid generasi sekarang cukup memahami dan padai sangat...tak percaya cubalah jadi guru prasekolah.

Sambutan Hari Lahir Berkumpulan



Happy Birthday to all of you....

Awal November....Prasekolah SKDK mengadakan majlis besar-besaran.Sambut birthday ramai-ramai.Seronok....sangat tengok anak-anak murid ku pada hari tu. Mana taknya masing-masing bergaya sakan dengan baju raya...nak sambut birthday lah katakan....Kek birthday siap tapau lagi. Sempat tunjuk bakat. Murid perempuan vs murid lelaki....dah tak malu-malu macam ari pertama mereka datang sekolah. yang memeranjatkan anak muridku yang meraung kuat masa hari pertama sekolah tu lah yang beria-ia tunjukkan bakatnya...bagus Aiman...Cikgu sayang Aiman....Bukan Aiman ja...tapi semua cikgu sayang.

Kelas Maya: Mengenal Huruf



Penggunaan video untuk pembelajaran secara maya bagi pengenalan kepada huruf

Akid turn 1 year old

1 year old Oshkosh Baby

Anak sedara tersayang....comel tak?? Hopefully nanti jadi orang yang berjaya...aminnnn.

Selamat Datang ke Prasekolah Dato Kramat

Assalamualaikum.

Tujuan penulisan blog ini adalah sebagai percubaan mengadaptasi teknologi maklumat proses pengajaran di prasekolah.

Keriangan semasa karnival peringkat sekolah

Karnival yang berlansung pada bulan Ogos 2008 ini diadakan di SKDK. Objektif karnival ini adalah persediaan murid-murid ke pertandingan karnival peringkat daerah dan negeri. Karnival ini juga merupakan platfom kepada murid-murid mengembangkan bakat mereka.

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk murid-murid Prasekolah SKDK antaranya:

1. Paluan Kompang oleh Kumpulan Kompang
2. Nyanyian nasyid
3. Pertandingan hafazan
4. Pertandingan mewarna
5. Persembahan tarian tradisional

Sekian