Followers

Tuesday, December 29, 2009

ORIENTASI....PRASEKOLAH












2010 akan datang....jadi hari ni dah bermula orientasi untuk murid prasekolah dan tahun satu.muka-muka yang bakal aku didik pun dapat lah aku tatap walaupun tak lama.Mencabar juga lah...dah ada yang menangis...ada yang tak nak masuk kelas...nak ikut mak dan bapa lak.Tak mengapa ni baru permulaan, cuma aku sekarang giat mencari bahan yang menarik minak amak murid aku nanti...Mesyuarat Pemuafakatan pertama pun dah dijalankan aku berharap kali ni dapat lah parents yang bertabggubgjawab dan boleh bagi kerjasama yang baik demi untuk anak didik kesayangan ku......amin.

BAHAN-BAHAN ABM 2010
















Seronok dapat shopping bahan ABM yang akan aku gunakan tahun depan...fancy stiker...kat mana lagi KL lah...tempat menghabiskan wang yang ada janji aku puas hati. Dapatlah aku menghias fail dan buku skrap ataupun lekat sebagai token untuk anak murid yang menunjukkan potensi yang baik....

Wednesday, December 23, 2009


Lama menyepi....sibuk jaga buah hati pengarang jantung...Hari nie aku ambil kesempatan untuk menyiapkan tema tahunan yang akan aku kepilkan dalam fail rancangan harian...kali ni lebih menarik...

Tapi...tak sempat nak buat lah...Akid dah jaga...dia sama-sama pilih clip art yang sesuai untuk tema tahunan.Tugasan baru ja siap satu per empat...emmm...harap sok dapatlah aku melengkapkan tema tahunan dan mencari clipart yang bersesuaian...huhuhu

Saturday, December 12, 2009

aKHIRNYA...terhasillah....













































hah...maka siaplah kerja yang aku rancangkan hari ini...sebenarnya dah lama nak buat tapi asyik bertangguh ja...Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar aku dah siapkan fail dan buku daftar masuk murid prasekolah...Bila fail dah cantik tentunya ini dapat memberikan semangat yang tinggi untuk memulakan tugas pada tahun hadapan...fail ni tinggal nak lebel dan balut ngan plastik ja...........

MENGHIAS FAIL DAN BUKU































Bahan-bahan yang digunakan untuk menghias fail dan buku pendaftaran murid prasekolah yang akan aku gunakan tahun depan....bersemangatnya aku nie....go..go..you can do it!!!!

Friday, December 11, 2009

12 Disember 2009


Hari ini aku ingat nak start keja aku...lama cari mood.Bila dah berkobar-kobar nak siapkan keja dah kena kursus lak. Apa pun terjadi ari ni aku nak buat fail untul folio prasekolah dan hias buku daftar masuk anak murid aku....wish me luck!!!

Monday, December 7, 2009

Keliru...menjadi buntu...


Emmm....masjid.Sebenarnya banyak yang hendak aku perkatakan...tapi...aku xtahu bagaimana harus aku susun ayat...Yang pastinya aku ketika ini dalam kekeliruan...mana yang harus aku pilih untuk sesuatu perjudian...Perjudian hidup...setiap insan di dunia ini berhak membuat pilihan cuma aku takut jika pilihan aku ini akan mendatangkan masalah untuk aku nanti...banyak pendapat yang aku dapat...tapi dalam kata hati aku sekarang peratus untuk kedua-duanya sama banyak.

Aku makin penat sekarang...penat untuk bertolak ansur atau penat untuk cuba memenangi hati sesiapapun...Doaku...agar aku ketemu dengan seseorang yang dapat membimbing aku, menyayangi aku, lebih menghargai aku dan boleh menyayangi family aku...

Aku ada terbaca satu blog ni yang mengatakan...the key of succeding in marrige is...not to find the right person; learning to love the peerson you found....dalam maksudnya kan...Moga aku berjaya dalam pilihan yang akan aku lakukan...amin

Kursus ohhh... kursus


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN....kurikulum prasekolah baru...kami guru prasekolah di Penang khususnya di daerah barat daya,timurlaut dan selatan telah diberikan pendedahan tentang kurikulum baru ini...yang diberi penekanan ialah 50-50.

Mula dengar 50-50 ni cam pening gak lah...mana tak nya,bukan tak yakin...leh laksanakan tapi takut bagi ajaran sesat lak. Setelah pendedahan Selama 4 hari...nak tahu kat mana Hotel Simmit,Bukit Mertajam.Mula tu tension tul...mana tak nya,kena kursus sehingga esoknya hari raya...Ini di namakan pengorbanan. Kami telah bekorban sebelum sambut Hari Raya Aidil Adha...

Banyak yang perlu dibuat...jadi aku cuba menyusun strategi...nak lakukan yang terbaik..leh ka..."Kau Boleh...." teringat nyanyian pada malam kursus tu....

Baru ja nak buat apa yang telah dirancang...tiba-tiba aku medndapat satu panggilan yang meruntuhkan semangat aku...jeng..jeng..jeng...aku kena pergi kursus di Telok Batik Resort, Setiawan Perak...Alamak...mampus..macam mana nieee dah lah tak ada transport,tempat tu asing lak bagi aku...mahu tak mahu kena contact kengkawan yang dapat...% orang ja yang terpilih...dalam lima orang tu aku cuma kenal rapat dengan kak ton...selamat gak lah...ada kak ton...tq kak ton...klu xdak kak ton teruk gak faal ni.

Mahu tak mahu aku terpaksa pergi...bak kata kak ton redah ja. Ha...ini pertama kali aku berkursus dengan guru prasekolah di lain negeri. Yang paling buat aku gerun ada penyarah dari ipg...mak datukkk...tolong...Kursus bahasa inggeris pulak tu...

Satu pendedahan yang boleh digunakan masa ngajar anak murid nanti...kaedah Montessori...insyaallah aku akan cuba guna dalam pnp nanti. Harapan dan doa agar anak murid ku tahun ini mahir berbahasa inggeris.

AKID...akid dah mula rajin menulis...tengok tu...hajat di hati nak ngajar akid.Bila aku baca blog tentang homeschool aku terpanggil untuk mengajar anak sedara pertama aku ni cara pembelajaran yang sama dan mengadakan bahan-bahan yang boleh akid terokai...mak chaq akan usahakan waalau pun masa untuk bersama akid terhad waktu mak chaq cuti ja...kita cuba k akid.

Buah Hati Pengarang Jantung




2009...tahun yang mencabar diri aku. Aku hampir tersungkur..tapi kekuatan dan sokongan dari orang-orang tersayang aku bertahan. TQ mak...adik-adik n rakan-rakan serta ..Tapi yang buat aku kuat ialah lahirnya dua buah hati pengarang jantung aku...bagi melengkapkan jumlah tiga... mak chaq sayang sayang dekat korang semua....mmmuaaaaahhhh....sayang akid..wish..nina mak chaq ni....

Friday, August 14, 2009





KARNIVAL DTG LAGI......

Hajad di hati nak tubuhkan kumpulan tarian tradisional untuk murid Prasekolah aku pada setiap tahun coz...setiap tahun mesti pihak sekolah minta prasekolah menyumbang satu persembahan untuk hari-hari tertentu...tapi tak tahulah napa tak bersemangat sangat tahun nie...lagu dah cari dan step gak....cuma semangat kurang.Tapi kerana mu anak murid ku...cikgu akan terus bersemangat menonjolkan bakat-bakat yang ada pada diri masing-masing....percayalah.Walaupun kita tak segah mana tapi cikgu bangga dengan kamu semua.....

Sunday, May 3, 2009




2009....
Selamat datang tahun baru...lama aku tak update blog. Ari ni aku ambil kesempatan untuk berkarya sekejap. Sebenarnya sekarang ni tengah menyiapkan kertas kerja, sok nak mengadap guru besar...tapi curi masa sekejap nak masukkan gambar-gambar terbaru....
Hasil kerja murid untuk tema bunga...cantik tak...cukup puas hati.Tak sangka anak murid cikgu cukup kreatif.