Followers

Monday, December 7, 2009

Kursus ohhh... kursus


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN....kurikulum prasekolah baru...kami guru prasekolah di Penang khususnya di daerah barat daya,timurlaut dan selatan telah diberikan pendedahan tentang kurikulum baru ini...yang diberi penekanan ialah 50-50.

Mula dengar 50-50 ni cam pening gak lah...mana tak nya,bukan tak yakin...leh laksanakan tapi takut bagi ajaran sesat lak. Setelah pendedahan Selama 4 hari...nak tahu kat mana Hotel Simmit,Bukit Mertajam.Mula tu tension tul...mana tak nya,kena kursus sehingga esoknya hari raya...Ini di namakan pengorbanan. Kami telah bekorban sebelum sambut Hari Raya Aidil Adha...

Banyak yang perlu dibuat...jadi aku cuba menyusun strategi...nak lakukan yang terbaik..leh ka..."Kau Boleh...." teringat nyanyian pada malam kursus tu....

Baru ja nak buat apa yang telah dirancang...tiba-tiba aku medndapat satu panggilan yang meruntuhkan semangat aku...jeng..jeng..jeng...aku kena pergi kursus di Telok Batik Resort, Setiawan Perak...Alamak...mampus..macam mana nieee dah lah tak ada transport,tempat tu asing lak bagi aku...mahu tak mahu kena contact kengkawan yang dapat...% orang ja yang terpilih...dalam lima orang tu aku cuma kenal rapat dengan kak ton...selamat gak lah...ada kak ton...tq kak ton...klu xdak kak ton teruk gak faal ni.

Mahu tak mahu aku terpaksa pergi...bak kata kak ton redah ja. Ha...ini pertama kali aku berkursus dengan guru prasekolah di lain negeri. Yang paling buat aku gerun ada penyarah dari ipg...mak datukkk...tolong...Kursus bahasa inggeris pulak tu...

Satu pendedahan yang boleh digunakan masa ngajar anak murid nanti...kaedah Montessori...insyaallah aku akan cuba guna dalam pnp nanti. Harapan dan doa agar anak murid ku tahun ini mahir berbahasa inggeris.

No comments: