Followers

Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah





Bersedia mendengar ceramah...memandangkan sekolah masih lagi dalam proses menyiapkan bangunan baru murid-murid terpaksa diletakkan di kantin sementara sekolah






Cenderamata untuk murid prasekolah
















Bukan murid-murid sahaja yang turut serta tetapi guru-guru tidak ketinggalan sama...tengok yang aling penting guru besar turun padang...Pn Masnoen Bt Randi...pemimpin yang berjiwa rakyat





Kerdil sunggum anak-anak didikku kalau berdiri bersama yang lain...tapi cikgu tetap bangga dengan kamu semua...buah hati pengarang jantung cikgu











Beratur dalam kesempitan ruang...kesian.Tidak mengapa...Apa yang penting...PENYERTAAN








05 March 2010...
sambutan Maulidur Rasul telah dijalankan dan majlis berkenaan berjalan dengan lancar....Dimulakan dengan perarakan beramai-ramai dengan melafazkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. Majlis disambung dengan ceramah dari Ustaz Zahir Bin Abd. Ghani dan di akhiri dengan jamuan. Untuk murid-murid prasekolah selepas jamuan diadakan deklamasi sajak...Murid prasekolah nampak gembira kerana ini merupakan majlis yang pertama di mana mereka digabungkan bersama murid aliran perdana.

Sekalung ucapan tahniah buat warga SKDK kerana berjaya melaksanakan program sekolah dengan jayanya. Usaha dan kerjasama dari pihak guru dan staf sokongan dan seluruh warga SKDK amatlah diperlukan bagi memastikan perjalanan aktiviti yang telah dirancangkan berjalan dengan baik.....syukran ya ustazah...kerana beri peluang kepada murid prasekolah untuk terlibat sama dalam majlis ini...Walaupun diri mereka ini kerdil dan masih hijau tetapi saya sebagai guru prasekolah minta agar semua pihak tidak akan melupakan mereka...Pendedahan sebegini adalah penting bagi diri mereka agar tidak rasa tersisih. Terima kasih daun keladi...kalau boleh jemputlah kami lagi.


No comments: